HAIYANA PES LAKSA SARAWAK

TENTANG SYARIKAT

MATA MATA GLOBAL RESOURCES adalah satu  syarikat yang menjalankan perniagaan RESTORAN KOLOK VS LAKSA. Restoran Kolok Vs laksa adalah Peneraju Makanan Borneo Pertama di Melaka menyediakan pelbagai jenis makanan Sarawak, yang membolehkan pelbagai kaum, dan bangsa atau pun agama untuk merasa kenikmatan makanan Sarawak dan juga merasai keunikan yang tersendiri resepi rahsia turun temurun yang diwarisi dari keluarga , yang berada di Negeri Melaka Bersejarah. apatah lagi, Negeri Melaka ini adalah salah satu negeri tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar.

Seperti yang sedia maklum, tujuan utama Restoran adalah untuk memperkenalkan makanan tradisi utama rakyat Sarawak kepada seluruh masyarakat semenanjung, jelasnya impian dan tujuan  tercapai, malah  makanan yang disediakan oleh Restoran Kolok Vs Laksa kini menjadi keutamaan pelancong dalam negeri mahupun luar untuk merasai kenikmatan makanan Sarawak setiap kali berkunjung di Melaka bandar bersejarah ini.

 

Oleh kerana itu, kami haruslah melakukan penambah baikan dari pelbagai aspek untuk meningkatkan jualan seterusnya dapat mengembangkan perniagaan Restoran Kolok Vs Laksa. Dalam pada itu juga, kami memerlukan sedikit modal dalam meningkatkan mutu operasi dan menaik taraf Restoran Kolok Vs Laksa kepada yang lebih mewah dan 5 bintang. Ia adalah bertujuan untuk menarik minat pelanggan dan singgah di Restoran Kolok vs Laksa, dan sekaligus dapat membawa dan menaikkan nama Restoran  di seluruh pelusuk Negeri , Negara dalam mahupun luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Promosi
Ramadhan

Beli sekarang sementara stock masih ada !